Islam & kristian Dianggap sebgai musuh ketat selama 1400 Tahun. Kekal bertengkar sehingga Hari Kiamat iaitu Hari kebangkitan dan tuhan akan menamakan pemenangnya. Pertengkaran ni merangkumi perang salib hinggalah perang-perang yang dinamakan keganasan.
Namun terdapat satu lagi kisah~
Iaitu kisah yang dikaitkan dengan Seorang Lelaki yang berbillion Muslim dan kristian percaya dan mengelarkannya Nabi Penyelamat iaitu Jesus(Nabi Isa A.s).
Agama kristian tiada Hak penuh untuk mengaku Nabi Isa adalah hak milik kristian kerana baginda juga merupakan salah seorang Nabi yang dihormati di dalam Islam.Kisah kelahiran,kehidupan,dan kematian Nabi Isa mungkin kurang selesa bagi penganut kristian yang segelintir yang tahu tentang kisahnya.
Kata kata dr hamba Allah ~ seseorang tidak boleh memeluk islam selagi dia tidak percaya dengan Nabi Isa(jesus).
Kita sebagai Umat Islam harus mengingati Nabi Isa A.s kerana ada sesuatu yang unik tentang baginda yang hanya segelintir muslim sahaja yang tahu. Nabi Isa A.s telah disebut sebanyak 154 kali didalam al-Quran dalam 19 surah lebih banyak daripada Nabi Muhammad sendiri !!! Nabi Isa juga seorang terkemuka di dunia dan di akhirat .
Kehidupan Nabi Isa yang ringkas mendapat perhatian kebanyakan muslim hari ini . Muslim mempelajari Nabi Isa melalui al-Quran dan juga Hadis2 Nabi Muhammad saw. Dan kamu perlu ingat !!
Berulang-ulang kali Tuhan berkata di dalam al-Quran bahawa al-Quran tidak diturunkan untuk menghapuskan Ajaran kitab Injil atau mana mana kitab lain,dan didalam Quran Tuhan berkata' Kami menceritakan kisah yang paling benar kepada kamu.kebanyakan kisah didalam kitab Injil boleh ditemui didalam al-Quran dan terdapat satu surah tentang mukjizat Nabi isa didalam al-Quran iaitu Surah Maryam.Kadangkala versi didalam al-Quran agak berbeza daripada kitab Injil.
Sudah Tiba untuk kamu sedar dan bangun bahawa kamu mengikut ajaran dan pesanan yang sama yang datang dari Tuhan yang sama dan matlamat yang sama!! Namun MENGAPA PERSAMAAN TERSEBUT TIDAK PERNAH DICERITAKAN KEPADA ORANG RAMAI!! MENGAPA KITA TELAH DIAJAR UNTUK MENGANGGAPKAN DIRI KITA SEMUA BERLAINAN DAN LEBIH BAHAYA LAGI SEBAGAI MUSUH!!!!
ALLAH MEMBERITAHU NABI ISA A.S DAN MEMBERIKANNYA BEBERAPA PERATURAN BARU,ALLAH MEMBERIKANNYA KITAB SUCI IAITU INJIL SAMA MACAM DIA MEMBERIKAN QURAN KEPADA NABI MUHAMMAD SELEPASNYA!!
Apa yang saya hendak tekankan di sini ialah kita semua adalah dari sumber yang sama dan pandangan yang sama dan kita sebagai Muslim perlu betul betul percaya Nabi Isa ibni Maryam seperti kita percaya yang baginda akan kembali sebagai seorang Nabi di Akhir Zaman kelak...apa yang saya tahu untuk mengukuhkan lagi pesanan ini ialah Nabi Muhammad didalam Injil ..
Bahawa Rasullullah saw Disebut dengan Nama Baginda sendiri didalam Injil!!
Didalam kitab Injil versi lama,lagu sulaiman ,surah ke-5,ayat ke-16 dalam bahasa hebrew (bahasa israel) iaitu perkataan mohammadim ialah mohammad Im(Im merupakn penghormatan didalam bahasa hebrew)sebagai contoh jika anda tidak faham: perkataan Tuhan dalam hebrew adalah "Elohim""El" bermaksud Tuhan "Ellah" bermaksud Tuhan .Jadi Elohim pula merupakan penghormatan...so sudah terbukti sesuatu disitu..Tapi mereka menterjemahkan perkataan Mohammadim itu bermaksud dalam English "bersama-sama berseronok"
Kamu tidak boleh mengaitkan nama itu dengan"Muhammad"!
sering kali mereka mengatakan bersama-sama "berseronok" tetapi dalam bahasa lain bermaksud "yang Terpuji"..Tidakkah kamu terfikir untuk mengkaji injil dengan fikiran kamu sendiri . kamu tidak berhak menterjemah nama Orang-orang begitu...
sebab itu saya kurang mengemari bahasa English(bahasa Penjajah)...
Kamu tidak boleh mengaitkan nama itu dengan"Muhammad"!
sering kali mereka mengatakan bersama-sama "berseronok" tetapi dalam bahasa lain bermaksud "yang Terpuji"..Tidakkah kamu terfikir untuk mengkaji injil dengan fikiran kamu sendiri . kamu tidak berhak menterjemah nama Orang-orang begitu...
sebab itu saya kurang mengemari bahasa English(bahasa Penjajah)...
Di sini sedikit Biodata tentang Nabi Isa A.s ..
Isa merupakan seorang nabi yang penting dalam agama Islam. Dalam Kitab Suci Al Qur'an, ia digelar Isa ibni Maryam atau Isa al-Masih. Kata ini diperkirakan berasal dari bahasa Aram, Eesho atau Eesaa.Jesus Christ adalah nama yang umumnya diguna pakai oleh pengganut Kristian untuk menyebutnya, sedangkan orang Arab Kristian menyebutnya dengan Yasu' al-Masih
Menurut al-Qur'an, keturunan Isa bermula dari kelahiran Maryam iaitu anak perempuan Imran, berlanjut dengan tumbuh kembangnya dalam asuhan Zakaria, serta kelahiran Yahya. Kemudian al-Quran menceritakan keajaiban kelahiran Isa sebagai anak Maryam tanpa ayah.
- (Ingatlah), ketika Malaikat berkata: "Hai Maryam, sesungguhnya Allah menggembirakan kamu (dengan kelahiran seorang putera yang diciptakan) dengan kalimat (yang datang) daripada-Nya, namanya Al Masih Isa putera Maryam, seorang terkemuka di dunia dan di akhirat dan termasuk orang-orang yang didekatkan (kepada Allah) (Qur'an surah Ali Imran ayat 45)
Kelahiran
Berdasarkan Al-Quran, Nabi Isa Al-Masih telah dilahirkan di bawah sebatang pokok tamar(kurma) di suatu tempat yang diberi nama Bethlehem(Baitul lahm),Palestin. Kelahiran Isa dianggap ajaib, diceritakan dalam beberapa ayat dalam Al-Qur'an. Dalam cerita Islam disebutkan datangnya malaikat kepada Maryam mengkhabarkan bahawa dia akan segera melahirkan seorang putera (lihat kembali ayat 45surah Ali Imran pada bahagian awal artikel). Maryam kemudian terkejut dan menjawab kepada Malaikat itu bahawa dia tidak pernah disentuh seorang lelaki pun. Jibril kemudian menjawab:
- Jibril berkata: "Demikianlah". Tuhanmu berfirman: "Hal itu adalah mudah bagiKu; dan agar dapat Kami menjadikannya suatu tanda bagi manusia dan sebagai rahmat dari Kami; dan hal itu adalah suatu perkara yang sudah diputuskan". (Qur'an surah Maryam ayat 21)
- ...Maha Suci Dia. Apabila Dia telah menetapkan sesuatu, maka Dia hanya berkata kepadanya: "Jadilah", maka jadilah ia. (Qur'an surah Maryam ayat 35)
Beberapa ayat lain berkaitan dengan kelahiran Isa antara lain:
- Sesungguhnya misal (penciptaan) Isa di sisi Allah, adalah seperti (penciptaan) Adam. Allah menciptakan Adam dari tanah, kemudian Allah berfirman kepadanya: "Jadilah" (seorang manusia), maka jadilah dia. (Ali Imran 3:59)
- Dan (ingatlah kisah) Maryam yang telah memelihara kehormatannya, lalu Kami tiupkan ke dalam (tubuh)nya roh dari Kami dan Kami jadikan dia dan anaknya tanda (kekuasaan Allah) yang besar bagi semesta alam (Surah Al Anbiyaa' ayat 21)
InsyaAllah akan bersambung................
No comments:
Post a Comment