Sunday 29 January 2012

Tatkala keringnya Air Tasik Galilee

Sedikit demi sedikit kekusutan didalam minda mula terjawab. Semoga perkongsian kali ini dapat memberikan manfaat kepada semua. Tentang kepentingan yang harus kita perhatikan dan lakukan secepat yang mungkin serta peringatan kepada diri sendiri juga bahawa kita sudah berada di Akhir Zaman.
Sea of Galilee( Tasik Air Tawar yang Terendah sekali Dimuka 
Bumi selepas Laut Mati)



Tatkala Keringnya Tasik Galilee, Turunlah Nabi Isa ke Bumi (benarkah bakal berlaku 40 tahun lagi??? AL-QURAN & HADIS membuktikannya)
oleh Zameer Fisabilillah
Kenapa kita perlu meninjau kepada paras air di Tasik Galilee? Apa istimewanya Laut ini kepada kita orang Islam? Saya cuba mendapatkan beberapa pandangan dari beberapa sumber yang saya kira boleh dikongsi untuk kebaikan kita semua. Yang baik itu datangnya dari Allah dan yang buruk itu dari kelemahan penulis ini sendiri. Insya Allah…..
Assalamualaikum semua wahai hamba Allah s.w.t. yang sedang membaca berita bermanfaat ini menerusi alam maya. Salam peringatan dari saya kepada semua sahabat dunia dan akhirat.
Hari ini saya akan dedahkan secara terbuka kepada semua pembaca mengenai Tasik Galilee, sebuah tasik yang dikelilingi darat sedang pun mengering dengan derasnya ketika ini. Nama lain bagi tasik ini ialah:
- Lake of Gennesaret
- Lake Kinneret
- Sea of Tiberias

Saturday 28 January 2012

Nabi Isa A.s (jesus PBUH) in The Quran



Islam & kristian Dianggap sebgai musuh ketat selama 1400 Tahun. Kekal bertengkar sehingga Hari Kiamat iaitu Hari kebangkitan dan tuhan akan menamakan pemenangnya. Pertengkaran ni merangkumi perang salib hinggalah perang-perang yang dinamakan keganasan. 
Namun terdapat satu lagi kisah~
Iaitu kisah yang dikaitkan dengan Seorang Lelaki yang berbillion Muslim dan kristian percaya dan mengelarkannya Nabi Penyelamat iaitu Jesus(Nabi Isa A.s).
Agama kristian tiada Hak penuh untuk mengaku Nabi Isa adalah hak milik kristian kerana baginda juga merupakan salah seorang Nabi yang dihormati di dalam Islam.Kisah kelahiran,kehidupan,dan kematian Nabi Isa mungkin kurang selesa bagi penganut kristian yang segelintir yang tahu tentang kisahnya.
Kata kata dr hamba Allah ~ seseorang tidak boleh memeluk islam selagi dia tidak percaya dengan Nabi Isa(jesus).
Kita sebagai Umat Islam harus mengingati Nabi Isa A.s kerana ada sesuatu yang unik tentang baginda yang hanya segelintir muslim sahaja yang tahu. Nabi Isa A.s telah disebut sebanyak 154 kali didalam al-Quran dalam 19 surah lebih banyak daripada Nabi Muhammad sendiri !!! Nabi Isa juga seorang terkemuka di dunia dan di akhirat . 
Kehidupan Nabi Isa yang ringkas mendapat perhatian kebanyakan muslim hari ini . Muslim mempelajari Nabi Isa melalui al-Quran dan juga Hadis2 Nabi Muhammad saw. Dan kamu perlu ingat !!

Popular Posts

Gempa Bumi